Khamis, 20 Disember 2012
teratak hati
sekian hari
kuusir sunyi yang berlari
dari hati dan nurani
setelah jauhnya kau permisi
teratak hati masih hiba
dari riuh gema cinta
yang hanya agung dalam kata
tapi kosong dalam makna
teratak hati ini
biarlah terus begini
tak kuundang cinta bertamu
tak kujemput
rindu berpuput
setelah kota rasa
sirna dan luput
teratak hati ini
biarkan sahaja sepi
laman dijalari kesal berduri
ghairahnya telah mati
sukar bernafas kembali
teratak sepi ini
disaluti sawang kenangan
usia kasih yang hilang
sayang diusir pulang
teratak hati
yang sepi ini
suatu masa akan berseri lagi
dengan kuntuman cinta wangi
dari suci sang bidadari
kekal menjadi suri
teratak hati
biarlah masih begini
andai yang ingin datang
cuma sebentar masa
ikhlasnya tidak lama
teratak hati
bukan sekadarnya disinggahi
tapi untuk dimiliki
juga untuk didiami..
(nurman ismail@kl@201212@2:15pm)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan