Ahad, 23 Disember 2012

KU TULIS HANYA UNTUKMU

Kuingin puisikan suara hati ini buatmu
meski tak seindah suara siulan seruling si perindu
tak seindah malam disinari bulan
tak selembut sentuhan bayu membelai..

Namun inilah lukisan dari jiwaku
buat menemani jiwamu itu
mewarnai sepi malam-malammu
membuai lenamu diulit mimpi nan syahdu..

Kutuliskan puisi ini buatmu
kerana hanya kamu kekasihku
nan bertahta di hati dan relung jiwaku
kamu yang terindah hadir di hatiku..

Kupinta agar kauterima dengan ketulusan
dengan senyuman berarti kaumenghargai
kerana inilah yang mampu kuberi
menandakan kesucian kasih dan sayang ini

Andai suatu masa dan ketika nanti
aku tiada lagi di sisi menemani
bacalah kembali puisiku ini
bacalah seolah aku masih di sisimu
dan sentiasa menyayangimu
kerna ia kutuliskan hanya untukmu ..

Syidah Ida
23/12/2012



Tiada ulasan:

Catat Ulasan