katamu
laman ini telah sepi
sepi dari rindu yang bertamu
sunyi dari kasih yang jernih
lengang dari sayang yang berkembang
sesekali sepi begini
menyuburkan rindu
sesekali sunyi begini
meriuhkan ingat
sesekali lengang begini
meluaskan akal budi
pertemuan di laman ini
menitip manis tak terlupakan
menyimbah indah tak terhitung
menghampar riang tak terbilang
sesekali aku pasti datang
saat rindu mendakapku
saat ingat melilitku
saat sunyi mengelilingi
kerana di sini
aku temukan lagi
indahnya nilai budi
mahalnya harga diri
insan dan insani
(nurman ismail@081212@9:20am)
lengang dari sayang yang berkembang
sesekali sepi begini
menyuburkan rindu
sesekali sunyi begini
meriuhkan ingat
sesekali lengang begini
meluaskan akal budi
pertemuan di laman ini
menitip manis tak terlupakan
menyimbah indah tak terhitung
menghampar riang tak terbilang
sesekali aku pasti datang
saat rindu mendakapku
saat ingat melilitku
saat sunyi mengelilingi
kerana di sini
aku temukan lagi
indahnya nilai budi
mahalnya harga diri
insan dan insani
(nurman ismail@081212@9:20am)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan