Isnin, 31 Disember 2012

DOAKU 2013




Wahai Allah..
Kumulai langkah petama tahun ini
dengan mengucap syukur padaMu
berterima kasih kepadaMu..

Memberi kuwaktu dan peluang lagi
memasuki tahun yang baru ini
redhailah aku ya Allah
limpahilah Rahmat dan HidayahMu

Jadikanlah aku manusia
yang sentiasa mengenal diri
tidak mudah lupa tentang anugerah
dan tiap detik nafas dan hayat ini...

Kuatkanlah aku
dalam mencari keredhaanMu
ampunkan segala kesalahanku
berilah kebahagian dan kegembiraan..

Lapangkanlah dadaku
dalam menerima segala dugaan dan ujian
jadikanlah aku dalam golongan
orang yang Engkau kasihi dan kasihani..

Begitu juga lindungi mereka
yang paling kusayangi
saudara-saudaraku dimana jua
sahabat-sahabatku seluruhnya...
Amin ya Allah....

Syidah Ida
1/1/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan