Rabu, 12 Disember 2012

cinta ku rindu mu


terdayakah aku
mengapai cinta mu
mencium harum kasih mu
menyulam indah rindu mu
menyinari dilubuk hati ku

masihkah aku
mengulit mimpi malam ku
menyimpul janji berpadu
menemani sunyi dikamar ku
berlagu cinta irama rindu mu

berdosakah aku
melayari bahtera cinta mu
digelodak gelora rindu ku
biarpun rahsia mu ku tahu
suci mu bukan milik ku

bagaimanakah aku
meraup rindu ku menderu
diwajah suci mu merayu
setianya sabar menanti aku
melambai cinta diangin lalu

relakah engkau
menghirup manisnya madu
dicangkir asmara merayu
diranjang berahi tersedu
damainya malam berlalu

setiakah engkau
menemani sepi ku
menjiwai sayang ku
dilaman indah hati mu
selama terciptanya begitu

bahagiakah kita
seia purnama merindu
hanyut dilautan syahdu
terdampar dipantai restu
ku bisik cinta pada mu
kau belai rindu buat ku
engkaulah ratu semolek
bidadari disyurga ku...

akukah yang mencinta !
engkaukah yang merindu !

edinhh131220121.30alamdamaikl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan