Ahad, 9 Disember 2012

DOAKU

 



Wahai Allah..
Aku bermohon kepadaMu
lapangkanlah hati dan fikiranku
tenangkanlah jiwa dan perasaanku

bagi menghadapi segala ujian hidup ini
yang penuh ranjau duri dan berliku
janganlah hendaknya aku terjelumus
dalam kancah yang tidak Engkau sukai

jauhi diri ini wahai Allah...
dari terus melakukan dosa-dosa
tanpa pernah kusedar dan duga
mahupun yang tidak kusengaja

maafkan dan ampunkan diri ini
tetapkan pendirian ini
dan sentiasa berhati-hati dalam melangkah
agar tidak terpesong dalam memilih arah

Wahai Allah..
Jauhilah hati dan jiwa ini
dari berperasangka yang tidak baik
dan dari dendam dan saling membenci
yang membawa kemurkaanMu

pimpinlah aku ya Allah
berilah petunjukMu
juga Rahmatilah aku
begitu jua mereka yang aku sayang
saudara dan jua sahabat-sahabatku
yang amat kusayangi... Amin........

Syidah Ida
08/12/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan