tajam menghunjam
dadamu sendiri
terkulai gelepar
tiada lagi peduli
di situ tersembunyi
cinta tak terbalas
sayang yang walang
rindu yang sendu
kesumat iri menjerat
tanya pada rasa
apa jawabnya
soal pada hati
kenapa terjadi
mohon pada diri
terimalah hakiki
setinggi mana melambung
takkan mampu menggapai awan
sedalam mana menyelam
tak terjangkau dasar yang dalam
lantas berpesanlah pada alam
walau dalam gelap malam
akuilah tentang dendam
yang hanya kan menikam
sakitnya dalam hatimu terpendam
hulurkan salam
jauhkan marak dendam
sederhanalah seadanya
kerana setiap manusia
tidak pernah sesempurna
dan setiap manusia juga
ada lebih dan kurangnya
ingatkan juga pada dunia
sederhana itu mempesona
seadanya itu pula
akan mengundang bahagia...
(nurman ismail@muar@1:45am..041212)
dadamu sendiri
terkulai gelepar
tiada lagi peduli
di situ tersembunyi
cinta tak terbalas
sayang yang walang
rindu yang sendu
kesumat iri menjerat
tanya pada rasa
apa jawabnya
soal pada hati
kenapa terjadi
mohon pada diri
terimalah hakiki
setinggi mana melambung
takkan mampu menggapai awan
sedalam mana menyelam
tak terjangkau dasar yang dalam
lantas berpesanlah pada alam
walau dalam gelap malam
akuilah tentang dendam
yang hanya kan menikam
sakitnya dalam hatimu terpendam
hulurkan salam
jauhkan marak dendam
sederhanalah seadanya
kerana setiap manusia
tidak pernah sesempurna
dan setiap manusia juga
ada lebih dan kurangnya
ingatkan juga pada dunia
sederhana itu mempesona
seadanya itu pula
akan mengundang bahagia...
(nurman ismail@muar@1:45am..041212)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan