Rabu, 26 Disember 2012

singgahsana cinta



terbina untukmu
singgahsana indah dalam hati
untuk kau keka bertakhta
untuk terus bersemayam dalam teguh sayangku

singgahsana ini
bukan dirangkai berlian terpilih
atau disulam kilau manikam pesona
singgahsana ini
dari rantaian jernih kasih
dari sulaman redha tanpa rintih

kupilih dirimu kekasih
dari sekian bidadari terpilih
kumahkotakan rasa cintaku
tanpa kesal yang membuku
permaisuri sejuta seri
tunjang cinta kupatri
dengan janji seribu erti

singgahsana cinta
kupertahankan dengan ikhlas rasa
kusembunyikan segenap dukacita
agar sentiasa ada nikmatnya
teguh di persada tanpa cela

singgahsana cinta ini
moga sentiasa abadi
menjadi tanda murni
suci ikatan hati
terpatri teguh janji....

(nurman ismail@singgahsa@muar@251212@12:45am)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan