Selasa, 8 November 2011





*MERINDU*
Aku merindui mu
Rindu derai tawa
dan gurau sendamu
Setiap kali kita bersua..
.tak kering air mata

Bukan sedih..
tapi terlalu gembira
hingga tak sedar
air mata berlinang

Kini hati ku semakin rindu..
Engkau semakin diam
membisu tanpa sepatah kata
Apakah aku bersalah padamu

Jujurlah..
Jika aku bersalah maafkan diri ini
Mungkin ku tak pandai mengambil hati
Andai ada peluang lagi
Akan ku perbaiki diri
Tak mahu menyakiti hati

walau ia tak ku sedari...
Aku hanya insan biasa
Hanya punya satu hati
Yang sering merindu mu
==SJ==9,11,2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan