Khamis, 10 November 2011

Ku langkahi denai denai rindu bersama mu
mengukir kata yang tersurat mahu pun tersirat
terukir janji tertulis pada cinta terpahat hati
Termetri bagaikan tiada tergugat lagi

Berdua kita semaikan kasih memupuk sayang
Disirami air cinta tercambah pepohon rindu
membesar di taman bahagia meredup suasana
Mekar nya bungaaan keindahan kebahagiaan

Saat itu jua,mahligai asmara tersergam indah
bersulamkan mutiara bercahaya kilauan nya
ku abadikan diri mu sebagai ratu didalam nya
menghias suasana siang mahu pun malam

Keselesaan kasih ku bersama sayang
jua pautan bahagia secukup rasa
Hargailah ia seiklas jiwa........................

ABY ~ r@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan