Jumaat, 18 November 2011
LIMBAHAN CINTA
Bagaimana dapat kusisih matahari ketika kubuta,
cahaya menenggelamkan kelam detik itu membelah kabut menikmati fana,
dengan qiam mengalunkan diam memamah kalimat khusyuk di rimbaNya.
Bagaimana dapat kuberbisik jika ingatan telah kering oleh api kesumat,
memandang dalam denyut riwayat yang penat memerikan kalimat.
Bagaimana dapat kupanah langit yang membawa tasbih yang tak mampu kuhisab,
menanti di bumi sebelum membumikan fanaku dalam seru kun faya kun.
Bagaimana dapat kupapah ke liku lorong memahami segala kembara lara,
mengakar ingatan yang subur laksana ara menyaksikan sunyi sejuta bunyi.
Telah sirna sukma, tak mampu kumiliki keupayaan memaknakan betapa debunya wujudku.
Ya Rabb, hanya Engkau mendengar dan memahami setiap ungkap senyap hamba-hambaMu,
kuserah khusyukku di perlimbahan cintaMu sepenuh jiwa tanpa goyah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan