Rabu, 16 November 2011

*NYANYIAN RINDU*

Tika malam ku berteman sepi
Wajah mu merona difikiran ini
Rindu mengiris hati.. tiada lagi tawa bahagia.
Indah sinar kejora tidak lagi memberi makna

Resah gelora dilautan tenang...
Bidok berlalu tidak ku hirau
Hanya wajahmu merawang diawangan
Sesaat terpisah bagai berkurun lama..

Andai kau mengerti...
Bait irama hati ini..yang ku rangkai untuk mu
Ku harap sudilah kiranya kita nyanyikan bersama..
Nyanyian rindu hati kita...agar  hati ku tak rasa bersendiri

Kerana ku tahu disetiap getaran rindu ini
Ada nama mu..ada sendu.
 ...ada sepi..ada resah..dan gelisah....

Andai hanya aku yang mengerti tentang rindu
Tentang jeritan hati tika sepi meronta..

Sememangnya rindu ini
sangat menyakitkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan