Ahad, 20 November 2011

~CAHAYA MENTARI KU~


Tika sinaran mentari menjelma
membawa keindahan alam semesta
alam sunyi menjadi ceria..
...pepohon layu segar semula

Embun menitis hilang segera

bersama bahang kian terasa
bahang yang seakan sama..
...bahang asmara didalam dada

Wahai kekasih dambaan jiwa

aku kini semakin dewasa
dalam meniti arus perdana
mencari insan berkongsi cerita

Siang ku kini semakin menjelma

bersama secawan kopi secangkir rasa
sebagai penawar rindu terasa
kuhirup kopi penawar asmara
kerana engkaulah..
...sinaran mentari yang aku cinta.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan