Jumaat, 18 November 2011

*KEHIDUPAN 11*

Hening pagi memberi seribu ketenangan hati
Hembusan bayu  sepoi bagai membelai jiwa
Semuga ketenangan ini berpanjangan
Jangan hendaknya hujan dipertengahan perjalanan...

Mamun terkadang apa yang kita inginkan
Tidak sama dengan apa yang ditakdirkan..
Kita hanya mampu merancang kehidupan...
Terkabul tidaknya adalah kehandak-NYA jua..

Setiap ada gurau senda dan bahagia..
Pasti ada insan lain lara merintih hiba..
Tiap-tiap insan yang hadir kedunia ..
Ada  insan yang kembali kepangkuan-NYA

Begitulah kehidupan..
..kesihatan jua kesakitan datang dan pergi
Tak ubahnya umpama pusingan roda..
Namun apa pun yang kita hadapi dalam meniti hari
Redha dan pasrah atas segala yang dilalui..

semuga tiap ujian yang kita hadapi
Sentiasa diberkati ilahi...bersama pahala berlipat kali
dan diberi ketenangan hati..kesabaran umpama..
penawar suci abadi..hanya allah maha mengetahui..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan