Apabila hati mula bertanya di mana dia..
Denyutan jantung semakin kencang ..
terasa ..segala....sepinya..
Angin pun tidak mengerti kemana hembusan
yang pasti..dedaun kering gugur kebumi.
berderai mutiara dari bebola mata
yang merenung jauh ke angkasa..
ingatkah dia padaku yang sedang merindu..
adakah dia pun tahu?
Bahawa aku sedang menahan rindu
dan sebu mengusap kalbu?
Tiada bicara bila hati mula bertanya..
resah mula tiba kepangkuan hati yang lara..
tiada bicara gundah semakin ketara..
sampai bila?.Bila hati semakin kuat bertanya..
Rindu semakin menjadi jadi
dan membawa segala himpunan rasa
yang menjadikan sebak di dada.
Ya..rindu itu suatu yang membuatkan terasa pilu
kalau angin pun tiada upaya berhembus
mengikut nada dan hasrat mu..
seagalanya menjadi tidak menentu..
tenggelamlah aku di dalam lautan rindu
yang ombak nya membuatkan aku hanyut keujung sendu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan