Isnin, 24 Oktober 2011

SEKETIKA AKU DI RUMAH MU
Seketika aku singgah sebentar
di rumahMu yang suci
munajatku memanjat doa
memohon keredhaan Mu Ilahi
tafakkurku menggetar rasa
bicara dalam bahasa tasbihku
di rumahMu yang suci.

Seketika aku di rumahMu yang suci
aku insan yang amat kerdil
di sisiMu Ilahi
ku perhambakan diri
bersujud di hadapan Mu Ya Rabbi
Tuhanku Yang Satu

Seketika aku di sini
titis airmata keinsafan
bagai membasuh dosa dan noda
dalam perjalanan lalu yang berliku

Memanjat doa di rumahMu yang suci
hatiku diketik...
aku bertanya pada diri
siapakah yang bersuara
di sebalik tabir waktu taffakurku
lantas...menyedarkan aku
tentang sebuah kehidupan
tentang perjalanan silam
tentang dosa dan noda semalam.

Nukilan Rasa:
Abdullah Ahmad,
PGM Langkawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan