Seloka Suami Si Malang.
Seorang suami gagah perkasa,
tampannya tidak manisnya ada,
beranak lima lagaknya bujang,
sana sini jual temberang,
anak dan isteri ditinggal-tinggalkan,
makan tak makan tidak dihiraukan.
Suami si malang pantang ditegur,
tangan dan kaki sama terlanjur,
kata kekasih pasti diakur,
kerana nasi dah jadi bubur,
sanggup berkorban sehidup semati,
keluarga sendiri dibuang ke tepi,
nasihat ibu tidak dipeduli.
Begitu buta mata hatinya,
nafsu serakah meraja jiwa,
kaca digenggam disangka permata,
lumpur noda terpalit di muka.
Seorang suami gagah perkasa,
tampannya tidak manisnya ada,
beranak lima lagaknya bujang,
sana sini jual temberang,
anak dan isteri ditinggal-tinggalkan,
makan tak makan tidak dihiraukan.
Suami si malang pantang ditegur,
tangan dan kaki sama terlanjur,
kata kekasih pasti diakur,
kerana nasi dah jadi bubur,
sanggup berkorban sehidup semati,
keluarga sendiri dibuang ke tepi,
nasihat ibu tidak dipeduli.
Begitu buta mata hatinya,
nafsu serakah meraja jiwa,
kaca digenggam disangka permata,
lumpur noda terpalit di muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan