Khamis, 6 Oktober 2011


KU RENUNG DI BULAN KU SERU NAMANYA

engkau begitu indah gemilang
serinya menerangi jiwa
laksana purnama mengambang
tersenyum malu
bertakhta dijwa ku
engkaulah disitu

ku renung dibulan
syahdu nian perasaan
wajahmu disana
mengamit rasa
mempamir pesona
sentiasa dimata

ku seru namanya
pasti kau dengarkan
lantunan gemanya
menerawang keseluruh alam
malam jadi saksi
cinta ini
abadinya dihati
begitu mesra
resapnya menusuk kalbu
menjadi imaginasi yang indah
dan kita pun bahagia
membina mahligai cinta(SRI MAWAR)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan