~ HANYA PADA-MU...
~ Aku ingin memandang cinta
yang tidak pernah luntur warnanya...
Dan di langit yang ke tujuh
rindu tak pernah rapuh
kerana aku telah lama bersimpuh
di satu sudut yang bernama aku...
Jangan pergi dulu rindu
kerana masa dan waktu belum berlalu
aku masih ingin memandang awan
selagi diriku masih ada bayang...
Walaupun rambutku terburai mengurai
hanya satu keabadian cinta yang kulambai
dan pandangku cuma satu
setelah di hatiku sering berbunga rindu
....pada zikir dan sujudku yang satu
yang hanya pada-Mu...................! ~
~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[13/10/2011]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan