Jumaat, 28 Oktober 2011

Pantun Kasih Tak Sampai

Bunga melati harum baunya,
Mekar di laman jadi suntingan,
Melara hati remuk jadinya,
Bunga idaman layu di jambangan.

Berbunga selasih celahan pandan,
Sama meliar pucuk meranti,
Bercerai kasih merana badan,
Mungkinkah yang hilang akan berganti.

Hinggap merpati di atas dahan,
Tempat bersarang burung tempua,
Patah hati jiwa taruhan,
Ke mana resah hendak kubawa.
A RAZAK


 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan