Indah ku rasa sepi ini
Tiap hela nafas ku syukuri
Dapat berdiri lagi disini
Memandang keindahan setenang air dikali
Andai esok aku masih disini
Kan ku tatap indah pagi dengan sepuas hati
Kerana esok dan lusa tak menjanjikan pasti
Segala ku serahkan pada_MU ilahi..
Aduhai sepi
Aku tak menolak hadirmu
Jika sepi ini membuat ku merasa sayu
Kerana sepi ini membuat ku merinduimu
Aku bahagia..aku redha dengan keadaan ini
Segalanya adalah kerana_MU ya rabbi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan