Khamis, 13 Oktober 2011



AKULAH MAWAR ITU

Akulah mawar itu
bersembunyi di sebalik duri-duri
di sebuah taman larangan
tak mungkin kau temui.

Akulah mawar itu
masih membilang hari
menggilap cemerlang sekeping hati
menyatakan cinta hanya pada IIahi.

Akulah mawar itu
yang kau puja dan puji
cintaku hanya milik IIahi
jangan sekali-kali kau hampiri
sebelum restu IIahi di miliki.

RSA/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan