Selasa, 18 Oktober 2011

 hanya sebuah luahan tak berarti
Sayangku..
Diredup sinar matahari pagi
Aku mencarimu

Tapi entah mengapa
Sebaik saja aku melihatmu
Hati ku sayu..

Ingin aku menyapa
Tapi aku tak mahu dirimu terganggu
Kerana mungkin saat ini
dirimu ingin menyendiri


Tapi tak mengapa sayang..
Aku cuma ingin melihatmu dari jauh
Aku ingin dirimu selalu gembira
itu sudah memadai bagi ku

Kerana bahagiamu adalah bahagia ku
Deritamu adalah air mata ku
Pada allah ku panjatkan doa untukmu
Semuga sentiasa dalam perlindungan an_nur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan