Khamis, 24 Januari 2013
zikir rindu
munajat sepertiga malamku
menghampar rindu padaMu
dalam genang airmata
dalam sebak dada
melayarkan insaf dalam ikhlas
syukur membelai
sedar
zikir berlagu dalam fikir
cintaMu tiada akhir
tidak pernah tersingkir
dengan nikmat yang hadir
zikir dari hati merindu
pada setiap titis rahmatMu
membasahi hati tandus
dengan mulus dan kudus
nikmat tak terputus
alpa dan leka
sering juga menyapa
membuai hati lupa
alun dan golek dunia
kilat dan kilaunya
menduga dan menggoda
menguji setia hamba
pada tuanpunyanya
zikir rindu
harapkan terus berlagu
mengiring syukur kepadaMu
moga hati tidak membeku
jiwa akan ingat selalu
pada tugas dan amanah
janji sebagai khalifah
Tuhanku
dalam zikir rinduku
moga ada ihsanMu
sepanjang hidup insan
sebelum ditemukan
perjalanan tanpa hentian
hakiki dan abadi..
(nurman ismail@smkpb@250113@11:05am)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan