Jumaat, 11 Januari 2013

SESEKALI

Sesekali
hati ingin menjauhi
bukan kerana membenci
sekadar mencari sebuah arti

sesekali
ingin kulupai segala yang terjadi
mencari damai di hati
yang hilang dari sanubari

tika hati ingin mencuba
untuk tidak merasai luka
pedih nan menghiris rasa
namun sakitnya tetap jua terasa

semakin ingin kucuba
untuk tidak mengindahkan
ia tetap juga datang
semakin mendalam diingatan

sesekali
ingin kumemujuk hati
agar pedih itu hilang menjauhi
meresaplah damai dihati
namun ternyata sukar....

Syidah Ida
11/1/2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan