Perlukah aku menjawap?
tentang pertanyaanmu itu
tentang sayangku padamu
tentang rindu nan menggebu
sayang itu tak perlu diucap
rindu jua usah kausingkap
andai telah kaumerasai
mungkin itulah yang pasti
sayang bukan mainan rasa
rindu membuat jiwa melara
biarlah segalanya menjadi rahsia
tersimpan diam di lubok jiwa
suatu detik pasti kaumengerti
bahawa tak semua rasa itu pasti
akan kekal selamanya di sanubari
biar segalanya tersimpan abadi di hati...
Syidah Ida
16/1/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan