Sesejuk Embun Pagi
sebuah tafsiran pada ketulusan hati
tika bertaut pada hamparan semalam
membangkitkan pesona kasih rindu
melambai malam di pentas indah
bersama sinar rembulan menghiasi
berbidang lonjakan keinginan lalu
menerjah di lorong lorong rindu
mengindah bayangan rindu di wajah
indah nya sekuntum senyuman
mengalir bersama nafas kasih
kerinduan ini cuma sering ketemu
tika sapaan angin mencari restu
di bidai sinar kasih menghampar
sebuah cinta yang indah milik mu
sentiasa berlarian ku menunggu
lihat lah di bibir bahagia bercumbu
pada malam malam merindu
mendakap kasih mu bak perindu
tiada beralaskan setitik duka
tiada bermadahkan nista hiba
kerana kasih mu ku rindu
sesejuk embun pagi
Cheyy....My..
281211.
dikopi dari Mokhtar Yusuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan