Jumaat, 30 Disember 2011

Detik2 terakhir di stesen KNL...

Detik2 terakhir di stesen KNL...

Batang selasih permainan budak,
Berseruling bambu si anak Jawa,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Ke mana rindu hendak dibawa?

Dituai sudah padi di sawah,
Padi dijemur lalu ditampi,
Sudah dapat gading bertuah,
Haruskah tanduk dibuang ke tepi?

Simpan peria di atas para,
Disimpan sama pucuk meranti,
Berpisah kita di ruang udara,
Jauh di mata jauhkah di hati?
A RAZAK ISMAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan