Sabtu, 10 Disember 2011

ANDAIKAN AKU

Sayang..
Andaikan aku
pergi dahulu sebelum mu..
jangan kau kecewa
jangan kau bersedih duka
sudah takdir yang maha esa
redha dengan aturanNYA

mungkin itu hanya sementara
sampai ketiakanya..
diri ini akan kau lupa jua
hidupmu harus diteruskan juga

Tapi...
andaikan takdir menentukan..
dirimu..pergi dahulu sebelum ku
tentu dunia ku akan kelam
pasti aku akan merana..
sepi dan rindu pasti menemani kalbu

tiada lagi gurau senda
tiada lagi bahagia..
dan keindahan tika bersama
yang tiggal hanya derai air mata

Sayang...
aku tak sanggup kehilanganmu
aku tak sanggup...
melihat kau pergi  sebelum ku
sungguh.. aku tak sanggup..

oh tuhan ku...
Aku tahu..bertemuan dan berpisahan
Sudah menjadi lumrah kehidupan..
Hidup dan mati ditanganMU

andaikan.. aku pergi dahulu
sebelum dirinya..jagailah dia..
kerana aku sangat menyayanginya...
dan terlalu mencintainya yaALLAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan