Jumaat, 16 Disember 2011

BERBALAS PANTUN

Siapa berani beli pantun saya ni...?

Tuang air di dalam timba,
Hendak mandi tepian kali,
Melihat adik menari samba,
Mengapa abang lari sembunyi?

Pergi ke kota pakai terompah,
Pulangnya pula di senja hari,
Dinda kata benci menyampah,
Kanda hilang mengapa dicari?
Seindah Janji Assalamualaikum EN razak...selamat bertugas...

Tuang air didalam timba
berhati hati jangan tertumpah
melihat adik menari samba
lari sembunyi takut isteri sergah

pergi kesungai memasang lukah
dapat saekur ikan haruan
dimulut kata benci menyampah
didalam dihati rindu rinduan..

Selamat  bertugas dan selamat barpantun....

kalau hendak kehutan rimba
berhati hati terpijak duri
melihat adik menari samba
lari bersembunyi sakit kaki

membeli rempah bersama budu
budu disimpan didalam baldi
dimulut menyampah dihati rindu
kasih tersemat didalam hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan