Khamis, 22 Disember 2011

SEPI INI



Sayang...
sepi ini sering menyentuh hati
kerana disaat hati bertemankan sepi
rindu pula menyapa jiwa

kenangan pun jauh mengembara
dimasa silam yang penuh bahagia
disaat sepi berlabuh dimuara hati
ketika itulah rindu semakin memuncak

mengharap kasih dan sayang
jua kemesraan dari mu...
dimata ku hanya wajah mu
dihati ini hanya nama mu yang terukir..

kau lah delima jua permata
yang berkilau dijiwa dan perasaan
kau umpama ombak dan badai
yang sering memukul pantai hati ini....

aku hanya sebuah pulau..
yang sentiasa menunggu penuh rindu
dan mengharap bahagia bertandang dikalbu
untuk bersama selamanya....

=Seindah Janji 23,12,2011=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan