Ahad, 11 Disember 2011

JALINAN PERSAHABATAN

Aku mengenalimu
bukan kerana wajah
bukan menerusi suara
atau dari sebuah pertemuan
demi pertemuan....

Aku mengenalimu..
melalui sebarit ayat..
"salam perkenalan..
salam persahabatan..."

Maka terjalinlah
sebuah jalinan tanpa ikrar
tanpa janji..terukir bicara tanpa suara
dari tinta jiwa..sebait rasa..

Sebuah ketulusan menjadi tugu
dalam sebuah ikatan.
jalinan setia persahabatan..
moga kekal diizini ilahi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan