Selasa, 26 Mac 2013

RINDU BERTAMU



Tika rindu bertamu
wajahmu terbayang selalu
bagai sentuhan mentari pagi
selembut bayu menyapa
mendakap nurani...

Kutitip rindu ini
pada gumpalan awan gemawan
kutulis namamu di situ
barsama ungkapan kerinduan
terlahir dari hati suciku...

Agar engkau merasai
akan kerinduan hati ini
pabila awan berarak lalu
namamu terukir di situ

Mengertilah dan rasailah
bahawa rindu ini
selalu membuku di hatiku
mengingatimu
permata hatiku....

S/IDA-27,3,2013-10;14am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan