Khamis, 21 Mac 2013

PADA MU


Pada mu..
Bawalah aku
Menerawang jauh
Menyelusuri langit tujuh
Agar damainya sepi
Dikesunyian ini

Pada mu..
Bisikkanlah kalimah mu
Cinta dan rindu bertamu
Melintasi awan nan biru
Biar indahnya khayalanku
Dikesendirian ini

Pada mu..
Dengarkanlah rintihan ini
Tuhan ! Restuilah kasih ini
Ada cinta segunung janji
Untuk rindu secebis dihati
Dilambaian hari terindah ini

Pada mu..
Digemersik hembusan mu
Kuhela nafas cinta ku
Pada dinginnya deru mu
Menerjah rindu dikalbu
Disetianya bayu mu menderu
Menemani sepinya AKU...

edinhh2132013cheraskl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan