Jumaat, 22 Mac 2013

CAHAYA MU

Dingin mendatangi tika
malam kian menyelimuti
Dihamparan alam diwajah
langit kelam melewati
Malukah dirimu sembunyi
disebalik gemawan kelabu
Atau tiadanya lagi sinar untuk
kau persembahkan pada ku

Sepinya aku setia siperindu
pada secebis cahaya indah
Selalunya hadir menemani
malam rindu ku terindah
Ku seru nama mu bertalu
pilunya aku dijiwa gundah
Dibayu menderu berbisik
sendiri sunyi dimalam resah

Tika gerimis mula menitis
menutupi halaman mu
Telah ku tahu tiadanya mahu
cahayamu menyapa aku
Sombongkah engkau dengan
cahaya terindah milik mu
Atau aku terlalu rindu pada
mu dalam cinta yang pasrah

Cahaya Bulan gelaran
indah mu
Purnama merindu itulah
lagu mu
Di Malam Gerhana malam
restu mu
Indahnya Rembulan setianya
aku dimalam mu

Edinhh2232013cheraskl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan