Aku
bukan seorang pemuisi
aku hanya aku yang biasa
yang suka pada keindahan
Tidak suka pada sunyi dan kesepian
gemar hanya diam dan terdiam
memerhati dan terkadang menyepi
aku
suka jua bersenda
bercerita tentang masa silam
tentang kepiluan yang terdalam
dalam kehilangan dan kedukaan
aku
sering bersendiri
dalam kesendirianku
yang tersendiri
aku
tiada yang istimewa
dan tidaklah sempurna
hanya manusia biasa
punya hati dan jiwa
aku
tetap aku walau di mana berada
tidak akan bisa menjadi sesiapa
kerana aku adalah aku
hanya hamba
Syidah Ida
5/2/2013
bukan seorang pemuisi
aku hanya aku yang biasa
yang suka pada keindahan
Tidak suka pada sunyi dan kesepian
gemar hanya diam dan terdiam
memerhati dan terkadang menyepi
aku
suka jua bersenda
bercerita tentang masa silam
tentang kepiluan yang terdalam
dalam kehilangan dan kedukaan
aku
sering bersendiri
dalam kesendirianku
yang tersendiri
aku
tiada yang istimewa
dan tidaklah sempurna
hanya manusia biasa
punya hati dan jiwa
aku
tetap aku walau di mana berada
tidak akan bisa menjadi sesiapa
kerana aku adalah aku
hanya hamba
Syidah Ida
5/2/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan