Khamis, 7 Februari 2013

KUSAYANG KAMU

Fikiran kumelayang
jauh tinggi di awangan
mencipta angan
bersama indahnya masa lalu..

Saat kubersua denganmu
bahagia terlukis di ruang jiwa
hingga kini masih terasa
kerna hanya kamu kucinta..

Hingga kapanpun
hanya kamu di hatiku
pabila kaujauh
rindu memelukmu
pabila kau di sisi
bahagia betamu..

Mekar cinta kupadamu
bercambah bunga-bunga rindu
tak akan pudar dek waktu..
berseri di laman hatiku
kusayang kamu..

Syidah Ida
7/2/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan