MENYONGSONG WAKTU
Pabila siang merangkul senja
dan gelap alam mendakap cerah siang
hati dipagut rasa sayu yang jauh
merentasi bukit bukau pengalaman
juga gunung ganang kenangan
Tiba-tiba sahaja..jiwa lemas
dalam lautan rindu masa lalu
hati berenang-renang
dalam arus rindu paling pilu
Betapa remaja telah jauh berlalu
kini mengemudi bahtera dewasa
yang sering diuji badai
dan bayu yang menyongsang
Sehingga sampai masa itu
akan terdampar di pulau abadi
tanpa kembali,sendiri
dalam sepi yang merajai..
Nurman Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan