DIKIR RINDU
Oleh ABDULLAH AWANGTuhan,
tiada semanisnya rinduku
ketika berada pada musim menuai
memandang luasnya alam
malam bulan terang mengambang
dingin udaraMU menyegarkan badan.
Tuhan,
terbit di hati sanubari
terselit kasihku
segar menyelinap ke segenap jagat
dan tidak mahu berenggan walau sesaat.
Tuhan,
hati ini terus berdikir
sepanjang zaman dan dalam detik minit
seperti laut yang berombak
bergelombang dan kembali tenang.
Tuhan,
aku rinduMU
rindu serindu-rindunya
hingga lemas aku dalam pelukanMU
tenggelam di dalam sedu berpanjangan
nikmat aku tanpa batas merasainya
aku musnah terkapai dalam kabus makrifat
Tuhan,
aku hilang suara untuk berbicara
aku hilang bahasa untuk berkata-kata
aku hilang langkah untuk mendekatiMU
aku hilang segala di dalam koftohMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan