AKU HANYA TETAMU
Hadirnya aku disini
bukan pinta mu
Rasa mencintai mu
tidak ku tahu
Bukan rayuan mu
atau mahu ku
Kerna aku hanyalah
seorang tetamu
Memikirkan diri mu
lupanya aku
Dilembah suci ini
kita memetik rindu
Meranum buah cinta
secukupnya rasa
Seenaknya merasa
lenanya diulit mimpi
Cinta ku untuk mu
sentiasa mengalir jua
Rindu ku pada mu
saratnya ku terasa
Didekat kita oleh-Nya
agar tidak melupa
Aku hanya tetamu
sebentar cuma
sedetik hilang ku
pasti kau tidak terasa...
@Arjuna 2652013 KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan