ANDAI ITU TAKDIRNYA
Untuk apa lagi aku
bertamu didaerah ini
setelah gugurnya tetes
rindu ini dilangit siang
dalam pelukan hangatnya
sang mentari menari
Tiada lagi cinta yang ku
puja setinggi pelangi senja
dicelahan awan bercanda
hilangnya dalam sekelip
mata tika kasih tercipta
bagai kaca pecah berderai
Terasa hanyutnya lara
disungai mengalir lesu
setianya aku seorang tua
dikaki gunung merenung
sekilat cahaya kian hilang
ditiup bayu awan tersenyum
Andai ini siratan takdirnya
membelah dihari indah ku
kebetulankah kita bersua
suratankah ia milik kita jua
andai kau pergi ku biarlah
kerana indah mu bukan
ku punya dihati...
ADIPUTRA2352013KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan