Jumaat, 3 Mei 2013

BAHAGIA BERTAMU


Senja berlalu..
malam pula menjengah
mendamaikan hati yang gundah
tika bayu membelai rasa
damai meresap ke ruang jiwa..

Bulan menyapa mesra
menebarkan sinar melimpahi hati
cahayanya mengindahkan malam
tiada lagi rindu merajai sanubari
kerna kaumenemani di saat ini..

Bagai bermandikan cahaya
rindu yang selama ini mendera
bagai ombak rindu menyapa
telah hanyut dibawa arus
tiada lagi mendung menyelubungi..

Hanya damai bahagia
bersama canda dan tawamu
tiada gerimis hati menyapa
kuharap bukan sementara
tidak kumahu sedetik cuma
biar selamanya bahagia bertamu
melerai  rinduku..

Syidah Ida-03,5,2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan