Memaparkan catatan dengan label Edin Hud Hud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edin Hud Hud. Papar semua catatan
Selasa, 11 Jun 2013
Rabu, 5 Jun 2013
LAYAR CINTA
Pernah kau berjanji
pada ku dulu
untuk bersama melayar
dilautan cinta ini
hingga terdampar
dipantai cinta berahi
dipulau asmara kita
Kata mu :
Demi cinta kita
dan rindu ini
kita harungi sama
ribut resah ini
angin gelora ini
badan menggila ini
dengan ikatan rindu
dan kemudi kasih
Kata ku :
Dengan semangat mu
ku rayu germis
hentikan tangisan
ku pinta bayu
redalah amarah mu
ku pujuk bulan
terangilah haluan
ku gapai awan
tunjukilah jalan
Kini kata mu
hanya kenangan
yang indah tersusun
dimuzium ingatan
yang tinggal cuma
aku dan impian
kau hilang dipandangan
kapan kembali
kita layar bersama
diperjalanan
terakhir ini
milik kita jua...
Edinhh762013KL.
Jumaat, 31 Mei 2013
CINTA BERNODA
Maafkan aku
mencintai mu
bukan mahu ku
tiada ku rayu
bukan ku rela
tiada ku paksa
ia hadir jua
membawa rasa
pada lembut bicara
aku jatuh cinta
Berdosakah aku
miliki cinta mu
walau ku tahu
dia pemilik cinta mu
dalam rindu ku
ada wajah mu
dalam cinta ku
gelora asmara ku
dalam doa ku
aku cinta kamu
Selamakah kita
mencinta dalam rahsia
menyulam kata puja
ranumnya dijiwa
membugar rasa gelora
dihujung rindu
berdayakah kita
melayar di samudera
dihanyut ombak noda
kita lah yang berdosa
Percayalah sayang
mulianya cinta kita
seindah fatamorgana
khayalan cuma
sedetik cuma hadirnya
mengetis amuk gelora
setulus dijiwa kita
semulus doa kita
dengarkan sayang
aku jatuh cinta...
DEWACINTA30513KLM.
Khamis, 30 Mei 2013
AKU HANYA TETAMU
Hadirnya aku disini
bukan pinta mu
Rasa mencintai mu
tidak ku tahu
Bukan rayuan mu
atau mahu ku
Kerna aku hanyalah
seorang tetamu
Memikirkan diri mu
lupanya aku
Dilembah suci ini
kita memetik rindu
Meranum buah cinta
secukupnya rasa
Seenaknya merasa
lenanya diulit mimpi
Cinta ku untuk mu
sentiasa mengalir jua
Rindu ku pada mu
saratnya ku terasa
Didekat kita oleh-Nya
agar tidak melupa
Aku hanya tetamu
sebentar cuma
sedetik hilang ku
pasti kau tidak terasa...
@Arjuna 2652013 KL.
Langgan:
Catatan (Atom)