CINTA BERNODA
Maafkan aku
mencintai mu
bukan mahu ku
tiada ku rayu
bukan ku rela
tiada ku paksa
ia hadir jua
membawa rasa
pada lembut bicara
aku jatuh cinta
Berdosakah aku
miliki cinta mu
walau ku tahu
dia pemilik cinta mu
dalam rindu ku
ada wajah mu
dalam cinta ku
gelora asmara ku
dalam doa ku
aku cinta kamu
Selamakah kita
mencinta dalam rahsia
menyulam kata puja
ranumnya dijiwa
membugar rasa gelora
dihujung rindu
berdayakah kita
melayar di samudera
dihanyut ombak noda
kita lah yang berdosa
Percayalah sayang
mulianya cinta kita
seindah fatamorgana
khayalan cuma
sedetik cuma hadirnya
mengetis amuk gelora
setulus dijiwa kita
semulus doa kita
dengarkan sayang
aku jatuh cinta...
DEWACINTA30513KLM.