Isnin, 26 November 2012

RINDU TAK SUDAH




Apabila rindu bermain di minda
usah kauragu dan keliru
jangan pula berperasangka melulu
rindu adalah nyanyian kalbu..

Memang sukar tuk dimengerti
ia titian kasih antara kau dan aku
jangan cemas apabila bayu rindu menderu
kerna rindu ini hanya untukmu..

Hanya untukmu rindu berlagu
kerna aku perindu setiamu
yang tak akan jemu merindu
bukankah rindu itu indah..?

Kadang kala rindu menjadi gundah
kerna orang dirindu tidak mengindah
biarkan saja sanubari bermadah
menghibur jiwa kala rindu tak sudah..

Syidah Ida
27/11/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan