Khamis, 1 November 2012

BILA KUMERASA DICINTAI





Bila kumerasa dicintai olehmu
betapa keindahan bertahta di hatiku
berbunga-bunga mengharum rindu
pada kasihmu kubajai selalu..

Agar mekar selalu di hati
tidak akan pudar layu oleh waktu
terkulai di sangkar hati ,tidak kuingini
jatuh berguguran ke bumi,tanpa dipeduli..

Kerana cinta yang kauberi
sememang kudamba sepanjang hayat ini
mekar subur merendang di laman hati
tinggi menjulang,berdaunkan keredhaan,

Selagi nafas ini mampu kuhela
jangan kasih ini kaupersenda
memayungi hati menemani jiwa
bertahta selamanya hingga ke syurga...

Syidah Ida,
2/11/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan