Isnin, 12 November 2012

DETIK BERLARI





Detik terus berlari tanpa henti
dalam perjalanan yang panjang
terlalu banyak persimpangan
penuh ranjau dan rona kehidupan..

Kuterus berlari menuju arah
jatuh dan bangun adalah lumrah
dalam sebuah harap dan harapan
yang silih berganti tiada yang pasti..

perjalanan akan diteruskan jua
sahingga langkah ini terhenti
kerana akan sampai detik yang pasti
tiada lagi jalan kutemui....
langkahpun terhenti di sini....

Syidah Ida
13/11/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan