Khamis, 29 November 2012

AKU BUKAN SIAPA SIAPA



Aku bukan siapa-siapa
aku hanyalah insan hampa
aku hanya ingin melihat kaubahagia
gembira tika melihat kauketawa...

Aku bukan siapa-siapa
hanya ingin melangkah bersama
menghibur tika kaumenangis
dan kutak ingin melihat kau
tika kauterhiris..

Aku bukan siapa-siapa bagimu
aku tak ubah bagai setitik debu
dan patung yang bisu
tak terpandang olehmu
walaupun aku ada di depanmu..

Aku bukan siapa-siapa
kau tak pernah rasa apa yang kurasa
antara kau dan aku adalah berbeza
tapi tak mengapa, kerna aku bukan siapa-siapa....

Syidah Ida
29/11/2012
11;50pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan