Jumaat, 30 Mac 2012

Rindu ketika menyepi



Sayang,
Seharian ku diamkan diri
Menyepi di dalam sunyi
ternyata rindu kepada mu makin menghampiri
Meresap tiap rintitan sanubari

Maafkan aku kasih,
Dalam tiap rasa ku aku tak setabah perasaan
Mengukir tiap tawa dalam kepedihan
Menyatakan bahagia tetapi derita

Tanpa ku sedari,
Diri mu amat ku cintai
Tersemat sayang di dalam hati
Rindu terasa ketika menyepi
Tak boleh ku kianati perasaan lagi

ABY ~ r@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan