Sayang..
Ketika mentarimu mendung
Kerana terlindung awan duka
Jangan simpan segala yang terbuku
Luahkanlah seperti hujan yang menderu
Simbahilah bumi yang menunggu...
Biarkan ia mereda..kerana pelangi
akan tersungging padamu
Dan berdoalah bahawa..
Mentari esok akan lebih cerah
Deraianmu akan berubah
Bagai embun yang menyejuk jiwa..
Seindah Janji
27/3/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan